Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar faedah FED AS, krisis Timur Tengah tentukan aliran kontrak niaga hadapan emas
  • BISNES

Kadar faedah FED AS, krisis Timur Tengah tentukan aliran kontrak niaga hadapan emas

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Hasil mesyuarat bank pusat dan perkembangan terkini berhubung konflik Israel-Hamas akan terus menetapkan aliran untuk kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives minggu depan.

Ketidakpastian geopolitik di Timur Tengah telah meningkatkan permintaan untuk jongkong emas, membantu niaga hadapan tempatan kekal melebihi AS$2,000 setiap troy auns.

“Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka mengekalkan kadar faedah yang stabil pada mesyuarat dasarnya yang akan datang minggu depan, bagaimanapun pada masa sama, ia juga berkemungkinan akan meneruskan kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih lama,” kata seorang penganalisis.

RHB Investment Bank Bhd berkata kenaikan harga berturut-turut menunjukkan momentum positif sedang meningkat dan mencapai paras melebihi AS$2,000 akan menaikkan harga emas Comex AS ke arah ambang AS$2,050.

“Memandangkan momentum kenaikkan terus berlaku pada ketika ini, kami mengekalkan kecenderungan dagangan yang positif,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagi dagangan baharu berakhir minggu ini, jumlah niaga hadapan emas domestik meningkat kepada 974 lot daripada 303 lot yang didagangkan minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 1,699 kontrak daripada 230 kontrak.

Berasaskan mingguan, kontrak bagi Oktober 2023 tidak berubah pada AS$1,987.80 setiap troy auns; November 2023 naik kepada AS$1,997.80 setiap troy auns daripada AS$1,995.90 dan Disember 2023 menokok kepada AS$2,008.30 setiap troy auns daripada AS$2,006.40 minggu lepas.

Kontrak untuk Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 masing-masing berada pada paras lebih tinggi pada AS$2,016.60 setiap troy auns berbanding AS$1,918.00 minggu lepas.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,975.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association semasa penetapan pada 26 Oktober. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah diunjur bergerak dalam julat sempit minggu depan
Next: 11 kapal di bawah Projek Safina Petronas dijangka siap menjelang suku pertama 2024 – AMIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.