Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kabel dasar laut baharu akan dibina antara Finland, Sweden
  • GLOBAL

Kabel dasar laut baharu akan dibina antara Finland, Sweden

Utusan Sarawak 9 hours ago

HELSINKI:  Pembinaan kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Sweden dan Finland telah dimulakan secara rasmi, menurut GlobalConnect, penyedia infrastruktur digital terkemuka di rantau Nordic, dalam satu kenyataan pada Khamis.

Xinhua melaporkan inisiatif itu bertujuan meningkatkan kapasiti penghantaran data merentasi rantau Baltic.

Menurut GlobalConnect, projek itu adalah bagi memenuhi permintaan untuk infrastruktur gentian optik yang selamat dan berkapasiti tinggi yang berkembang pesat, didorong oleh pengembangan pusat data utama dan hab kecerdasan buatan di rantau Nordic.

“Penambahan laluan baharu masuk dan keluar dari rantau Nordic bukan sekadar untuk menghantar lebih banyak data — ia juga menyediakan laluan alternatif yang kritikal,” kata Naib Presiden Kanan GlobalConnect Carrier, Par Jansson sambil menekankan bahawa ia mengurangkan risiko gangguan atau kerosakan yang disengajakan serta memastikan trafik data dapat diteruskan walaupun satu laluan terjejas.

Selain kabel dasar laut sepanjang 150 kilometer itu, GlobalConnect juga akan menaik taraf infrastruktur daratnya.

Ini termasuk pemasangan kira-kira 365 kilometer kabel gentian optik baharu dari Helsinki ke Turku di barat daya Finland, melalui Kepulauan Åland (sebuah wilayah autonomi Finland), dan dari Stockholm ke Gavle di timur Sweden — bagi meningkatkan kapasiti untuk jumlah trafik data yang lebih tinggi.

Jumlah pelaburan bagi projek itu dianggarkan sebanyak 14 juta euro (AS$16.46 juta). Tinjauan dasar laut di Laut Baltic telah bermula pada separuh pertama 2025, dengan kabel dijangka beroperasi menjelang akhir 2026. (1 euro = AS$1.18) — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: China berjaya lancarkan satelit ujian baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.