45 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom, Itali

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA bomba, polis dan pasukan penyelamat bertugas di lokasi letupan di sebuah stesen minyak di Rom pada 4 Julai 2025. Sekurang-kurangnya sepuluh orang cedera dalam letupan itu, yang dentumannya kedengaran di seluruh ibu kota Itali.

ROM: Jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 45 orang susulan letupan kuat di sebuah stesen minyak di timur Rome pada pagi Jumaat, menurut laporan terkini media Itali, lapor Xinhua.

Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa mangsa yang cedera termasuk 12 anggota polis, enam anggota bomba dan tiga anggota penyelamat kecemasan yang tiba di lokasi selepas letupan kecil pertama berlaku. Beberapa letupan susulan berlaku tidak lama selepas itu.

Dua mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan alat sokongan hayat, manakala enam lagi berada dalam kategori “kod merah” iaitu tahap kecemasan perubatan tertinggi dalam sistem kesihatan Itali.

Letupan berlaku di sebuah stesen minyak di Via Gordiani, Daerah Prenestino, Rom. Siasatan awal oleh jabatan bomba tempatan mendapati letupan mungkin berpunca daripada satu pam bahan api yang tertanggal daripada sebuah lori tangki. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu.– Bernama-Xinhua

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,