China berjaya lancarkan satelit ujian baharu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAMBAR hiasan.

XICHANG: China berjaya melancarkan satelit ujian baharu ke angkasa hari ini dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua.

Satelit Shiyan-28B 01 dilancarkan pada 5.35 petang waktu Beijing menggunakan roket pembawa Long March-4C dan berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.

Satelit ini akan digunakan terutamanya untuk penerokaan persekitaran angkasa dan ujian teknologi berkaitan.

Ini adalah misi penerbangan ke-583 bagi siri roket pembawa Long March.

Bernama