Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • K-KOMM akan perkenal aplikasi khas antipenggodam
  • ADVERTORIAL

K-KOMM akan perkenal aplikasi khas antipenggodam

Utusan Sarawak 3 years ago

MENTERI Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan para pekerja di sebuah restoran sempena mengadakan Tinjauan Mesra (Walkabout) di kedai sekitar Kok Lanas, kelmarin. • Foto BERNAMA

 KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khas bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia tan Sri Annuar Musa berkata pertemuan dengan pemilik aplikasi itu akan diadakan di luar negara dalam masa terdekat.

“Saya juga sedang meminta supaya Syber Security Malaysia (CSM) membuat kajian spesifik berhubung aplikasi ini kerana masih dalam beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum dilancarkan kepada rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout di premis perniagaan sekitar Kok Lanas kelmarin.

Mengulas lanjut, Annuar berkata aplikasi antipenggodam itu boleh digunakan di semua peranti yang didaftarkan di negara ini.

“Sekiranya ia berbayar, kita akan pastikan harga yang diikenakan adalah berpatutan dan sesuai untuk semua pihak,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: K-KOMM gerakkan 1,860 komuniti Keluarga Malaysia sempena Hari Kebangsaan
Next: Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.