Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jutawan British antara enam hilang insiden kapal layar mewah di Itali
  • GLOBAL

Jutawan British antara enam hilang insiden kapal layar mewah di Itali

Utusan Sarawak 9 months ago
SERAMAI 15 orang terselamat manakala tujuh lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar mewah karam pada Isnin dalam kejadian di selatan Itali.

ROME: Seorang maut dan enam lagi, termasuk jutawan teknologi British Mike Lynch, masih hilang selepas sebuah kapal layar mewah tenggelam ketika belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily pada pagi Isnin sebelum subuh.

Lima daripada individu yang hilang dipercayai merupakan warga British, menurut laporan United Press International (UPI).

Pihak berkuasa tidak segera mendedahkan identiti mangsa yang maut.

Dilaporkan bahawa isteri Lynch, Angela Bacares, adalah antara 15 orang yang berjaya diselamatkan daripada bangkai kapal berkenaan.

JUTAWAN teknologi British Mike Lynch.

Pasukan bomba memaklumkan operasi mencari diteruskan pada Isnin sementara Pengawal Pantai Itali mengetuai siasatan insiden itu.

Penyelam pakar telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu dalam usaha mencari.

Pegawai berkata kapal layar mewah itu terbalik di bahagian sisinya semasa ribut, menyebabkan beberapa orang tercampak keluar dari kapal.

Kapten kapal itu memaklumkan bahawa 15 orang yang diselamatkan telah dipindahkan ke rakit penyelamat sehingga bantuan tiba.

Akhirnya, kapal layar mewah itu tenggelam.

Lynch, yang mengasaskan bersama syarikat teknologi British, Autonomy sebelum menjualnya kepada Hewlett-Packard dengan harga AS$11 bilion pada 2011, telah diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan didakwa menaikkan nilai syarikatnya sebelum penjualan itu, kata laporan UPI.

Namun, sebuah mahkamah persekutuan di San Francisco kemudiannya membebaskan Lynch daripada 15 tuduhan penipuan pada 2022. – Bernama – UPI

Continue Reading

Previous: Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini
Next: Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.