Jururawat disyaki bunuh warga emas

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian rumah penjagaan yang terletak di Ascoli Piceno dimana lapan pesakit warga emas dibunuh. • Foto AFP

ROM: Polis Itali menahan seorang jururawat yang disyaki membunuh lapan pesakit warga emas di rumah penjagaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Penahanan itu susulan penyiasatan panjang selepas kematian tinggi direkodkan di rumah penjagaan yang terletak di Ascoli Piceno.

Pendakwa raya memulakan siasatan pada September 2018 selepas siri kematian yang mencurigakan berlaku di situ dan mula mengesan rekod lama di fasiliti itu.

Suspek lelaki berusia 57 tahun yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai menyuntik pesakit dengan dos ubat yang kuat sehingga boleh membunuh, antara Januari 2017 hingga Februari 2019.

Media melaporkan, suspek juga dikesan cuba membunuh empat lagi pesakit. – AFP

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara