Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah pengeluaran Akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
  • NASIONAL

Jumlah pengeluaran Akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 September 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran itu membabitkan seramai 3.86 juta ahli atau 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah 55 tahun, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

“Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, terutama ketika kecemasan.

“Secara tidak langsung, pengeluaran melalui Akaun Fleksibel ini boleh meningkatkan aliran tunai dan membantu ahli ketika keadaan mendesak,” kata MOF.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai sejauh mana keberkesanan Akaun 3 dalam membantu pencarum yang berada dalam keadaan terdesak.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: SSPA bermula, masanya penjawat awam tingkatkan produktiviti, tidak culas
Next: Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM – Sultan Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.