Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir menurun kepada 262 orang, hanya lima PPS masih aktif
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir menurun kepada 262 orang, hanya lima PPS masih aktif

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berdasarkan laporan terkini yang dikemas kini pada 8.00 malam tadi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 262 orang berbanding 421 orang dalam laporan sebelumnya pada 4.00 petang serta hanya lima PPS masih aktif.

Bahagian Miri masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 210 orang, diikuti Mukah dengan 49 orang.

Sibu pula hanya mencatatkan tiga mangsa banjir yang masih berada di PPS.

JPBN Sarawak turut memaklumkan bahawa jumlah mangsa banjir di Mukah menunjukkan trend penurunan, menandakan keadaan semakin pulih di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan serta orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan sekiranya keadaan cuaca kembali buruk.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jawatan Naib Presiden PBB tanggungjawab besar, ruang merangka dasar bela nasib anak Sarawak
Next: KosĀ ambil alih MASwings ‘tak juga mahal, tak juga murah’ – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.