Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Bintulu bertambah 26 orang, bahagian lain rekod penurunan
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Bintulu bertambah 26 orang, bahagian lain rekod penurunan

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Perkembangan terkini banjir di Sarawak menunjukkan penurunan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada 4,389 orang setakat 4.00 petang.

Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 97 orang berbanding 4,486 mangsa yang direkodkan pada 12.00 tengah hari tadi.

Samarahan mencatatkan perkembangan paling ketara apabila jumlah mangsa kini sifar, berbanding 51 orang sebelum ini. 

Sehubungan dengan itu, PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan di Bahagian Samarahan telah ditutup pada 12.30 tengah hari.

Sibu menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa kini 1,160 orang, berkurang 26 orang daripada 1,186 pada tengah hari. Situasi yang sama turut direkodkan di Miri, di mana jumlah mangsa menurun daripada 741 kepada 694 orang.

Namun, beberapa bahagian masih mencatatkan peningkatan kecil dalam jumlah mangsa. Mukah merekodkan tambahan seorang mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 615 berbanding 614 sebelum ini. 

Bintulu pula mengalami peningkatan sebanyak 26 orang, menjadikan jumlah mangsa di bahagian itu kini 1,907 orang berbanding 1,881 pada tengah hari. Sementara itu, jumlah mangsa di Sarikei kekal 13 orang tanpa perubahan.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UKAS akan anjur program tiga siri libatkan Pusat Khidmat ADUN, Ahli Parlimen tahun ini  
Next: Pusat Khidmat entiti paling rapat wakil rakyat setiap kawasan pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.