STEFFY Sharon diumumkan sebagai juara Dara Kenyalang sekali gus menyingkirkan 12 finalis yang berentap dalam pencarian Dara Kenyalang 2023 yang diadakan secara langsung menerusi saluran 122, TVS, Ahad lepas.
Menerusi kemenangan tersebut, Steffy membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, mahkota Dara Kenyalang, tiket percutian ke Korea bernilai RM7,000, kerusi tajaan Fella Design, trofi tajaan Nang Ori, selempang tajaan Lime’s Craft dan Souviral, jambangan bunga tajaan Muan Gift and Florist. Steffy turut meraih gelaran Ratu Catwalk Terbaik.
Naib johan dimenangi oleh Noor Dearie dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, trofi, selempang dan jambangan bunga. Noor Dearie turut meraih gelaran Ratu Sosial Media Digemari.
Tempat ketiga diraih oleh Lofrenska Fezzie (RM5,000, trofi, selempang dan jambangan bunga). Tempat keempat dimenangi oleh Tonnia Kisi (RM2,000 dan hadiah tajaan Nang Ori). Tonnia meraih gelaran Ratu Inspirasi.
Tempat kelima dimenangi oleh Alicia Minod (RM2,000 dan hadiah tajaan Nang Ori) dan tempat keenam diraih oleh Clera Pungi Minod (RM2,000 dan hadiah tajaan Nang Ori).
Pertandingan akhir Dara Kenyalang menampilkan barisan juri, Martin Dinil, Wenaneta Angang, Dewi Liana Seriestha, Mandy Nandu dan Ricky Raca Kimwah.
Manakala juri umum menampilkan Cecelia Lagak, Jonathan Yun, Jane Teo, Awaeang Kwasin, mewakili pihak penaja manakala Wendy Earnest, dan Angela Martin, mewakili juri tetap dan Wagner John, Bridget Bulan Taja, Ozie Tungging, Teresa Suli, Dr. Mary Chalang, dan Edmund Rintai mewakili juri undangan.
Pentas Dara Kenyalang diserikan dengan persembahan penyanyi Ramles Walter, Elizebeth Paya dan kumpulan penari JKKN.
Segmen pertama Dara Kenyalang menampilkan 12 finalis pada sesi pengenalan sekali gus memperagakan kostum tradisional. Segmen kedua, 12 finalis memperagakan gaun malam.
Tidak ketinggalan 12 finalis perlu melalui sesi soal jawab untuk memilih finalis yang layak dalam enam finalis teratas. Soalan dinilai menerusi peratusan markah yang berbeza.