Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • “Jualan jauh berkurangan”
  • TEMPATAN

“Jualan jauh berkurangan”

Utusan Sarawak 5 years ago
NANCY PANGI SEMBAI

CHERYL LAW

SERIAN: Jualan para peniaga di Pasar Basah Serian berkurangan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Seorang peniaga sayur, Nancy Pangi Sembai, 58, berkata, pada masa ini, jualan ada berkurangan sikit sebab kami berniaga setengah hari sahaja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, apabila bermula pelaksanaan PKPB, mereka membuat peraturan baru iaitu menggunakan giliran untuk orang ramai yang masuk ke sini.

Sementara itu, Nancy berkata, apabila PKPB dilaksanakan, mereka cuma diberi setengah hari sahaja untuk berniaga pada setiap hari.

“Pada tahun ini, tidak ada sambutan Hari Gawai Dayak, cuma satu hari sahaja dibenarkan menyambut Hari Gawai Dayak. Oleh sebab itu, saya mungkin tidak berjual satu hari sahaja selepas itu mula berjual lagilah,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, katanya, pendapatan memang jauh berkurangan, tidak macam dulu dapat berjual dari jam 6 pagi hingga jam 5 atau 6 petang macam tu. Tetapi sekarang cuma dari jam 7 hingga jam 2 petang sahaja.

“Suasana pun kurang meriah sebab setengah hari sahaja walaupun dah nak Hari Gawai Dayak tetapi tidak meriah macam dulu.

“Dulu dapat satu hari berjual, sekarang setengah hari sahaja jadi jualan tidak memuaskan sebab sekarang orang yang masuk pun terhad. Mereka tidak boleh lama masuk sini. Paling lama pun mereka bagi 20 minit sahaja,” katanya.

Sementara itu, rakannya yang juga seorang peniaga sayur, Lila Sunang, 62, turut berkata, jualan pada masa sekarang memang berkurang sebab susah nak cari sayur pada masa sekarang.

“Walaupun dah nak Hari Gawai Dayak, jualan tetap kurang, tidak macam biasa. Boleh dikatakan 90 peratus jualan berkurangan.

“Kalau Hari Gawai Dayak sebelum ini, biasanya banyak jualan. Sekarang ini, tidak macam dulu, jualan memang jauh berkurangan,” katanya.

Ujarnya, saya berharap Covid -19 ini cepat habis daripada kita menunggu lama macam ini tidak dapat berjual.

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui mati tergantung
Next: Bau busuk, bongkar kematian seorang lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.