Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • JTK Sarawak perkukuh penguatkuasaan, tiga kes selesai di Mahkamah Serian
  • MAHKAMAH

JTK Sarawak perkukuh penguatkuasaan, tiga kes selesai di Mahkamah Serian

Utusan Sarawak 3 hours ago
JTK Sarawak mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang pekerjaan bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja.

SERIAN: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang pekerjaan menerusi tindakan pendakwaan terhadap majikan yang didapati gagal mematuhi peruntukan undang-undang hasil siasatan yang dijalankan.

Menurut kenyataan JTK Sarawak, hari ini tiga kes berjaya diselesaikan pendakwaan di Mahkamah Majistret Serian melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 43, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

“Dalam ketiga-tiga kes tersebut, Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan.

“Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda keseluruhan berjumlah RM5,700 membabitkan lima pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JTK Sarawak mengulas lanjut, tindakan pendakwaan itu mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan pematuhan undang-undang pekerjaan serta melindungi hak dan kebajikan pekerja.

“Jabatan akan terus menjalankan aktiviti pemeriksaan dan siasatan terhadap majikan bagi memastikan setiap peruntukan undang-undang pekerjaan dipatuhi.

“Sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi, tindakan penguatkuasaan termasuk pendakwaan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Saksi terima aduan bekas pengurus Petronas hantar maklumat sulit kepada Petros

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.