Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ tugaskan perisik pastikan pemandu patuh peraturan jalan raya
  • TEMPATAN

JPJ tugaskan perisik pastikan pemandu patuh peraturan jalan raya

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Hasbi Habibollah menyampaikan beg cenderamata kepada orang awam ketika hadir pada majlis Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2024 di di Terminal Bas Kuching Sentral. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menugaskan perisik untuk menyamar sebagai penumpang bagi memastikan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya dan mengelakkan kemalangan.

DATUK Hasbi Habibollah hadir pada majlis Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2024 di di Terminal Bas Kuching Sentral.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, syarikat bas ekspres juga perlu menyediakan pemandu kedua bagi setiap perjalanan jarak jauh terutamanya sepanjang musim perayaan.

“Jangan terkejut jika terdapat perisik kami yang menyamar untuk memastikan pemandu tidak menggunakan telefon semasa memandu dan menukar pemandu pada jarak yang telah ditetapkan.

JAWAB SOALAN… Datuk Hasbi Habibollah menjawab soalan dari pengamal media.

“Jadi, mereka tidak boleh mengambil ringan soal ini. Jika didapati melanggar peraturan ini, bas akan diberhentikan dan tindakan tegas akan diambil.

“Bukan sahaja pemandu bas, malah syarikat juga akan dipertanggungjawabkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Krismas 2024 di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Hasbi turut menjelaskan bahawa kempen advokasi bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya akan melibatkan pemeriksaan di tiga lokasi terminal bas di Sarawak, iaitu Kuching, Sibu, dan Miri.

Untuk rekod, Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 466 kes kemalangan atau 2.4 peratus, dengan 19,964 kes sehingga November ini berbanding 19,498 kes pada tahun lepas.

Turut hadir, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili.
oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pencarian bakat baharu Para SUKMA
Next: 200 pek bebola pulut diagih kepada penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.