KUCHING: Kualiti udara di seluruh Sarawak kekal pada tahap baik dan sederhana setakat 9.00 pagi hari ini, dengan tiada kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Belaga mencatatkan bacaan IPU 75, namun masih berada dalam kategori sederhana.
Lubok Antu merekodkan bacaan kedua pada 63, diikuti Sri Aman, Tebedu dan Kanowit masing-masing 61 serta Kapit 60.
Samarahan dan Serian masing-masing mencatatkan bacaan 58, manakala Samalaju dan Betong masing-masing 57.
Bintulu pula merekodkan bacaan 55, Mukah 54, Lundu 53 serta Kuching dan ILP Miri masing-masing 51, kesemuanya berada pada tahap sederhana.
Sementara itu, enam kawasan mencatatkan IPU pada tahap baik iaitu Miri dan Bario masing-masing 50, Sibu 48, Lawas 47, Sarikei 42 serta Limbang dengan bacaan terendah 38.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.





