Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ Sarawak laksana penguatkuasaan ke atas lori
  • TEMPATAN

JPJ Sarawak laksana penguatkuasaan ke atas lori

Utusan Sarawak 2 years ago

“Setakat ini, JPJ Malaysia belum ada perancangan untuk membina stesen penimbang secara statik di Jalan Bau-Kuching. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap lori-lori yang membawa lebih muatan dilaksanakan secara berterusan di situ menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih oleh Penguatkuasa JPJ Sarawak." - Datuk Dr. Jerip Susil

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih di sekitar Jalan Bau-Kuching bagi melaksanakan penguatkuasaan ke atas lori yang membawa muatan melebihi jumlah ditetapkan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil, ini susulan ketiadaan stesen penimbang secara statik di kawasan tersebut.

“Setakat ini, JPJ Malaysia belum ada perancangan untuk membina stesen penimbang secara statik di Jalan Bau-Kuching.

“Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap lori-lori yang membawa lebih muatan dilaksanakan secara berterusan di situ menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih oleh Penguatkuasa JPJ Sarawak,” katanya semasa menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu menambah, Sarawak mempunyai tiga stesen penimbang secara statik pada masa ini iaitu di Serian, Sibu dan Miri.

“Manakala, JPJ melaksanakan penguatkuasaan mudah alih di kawasan-kawasan lain khususnya Kuching, Lundu, Samarahan dan Mukah,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Mesyuarat berkala sebagai medium utarakan kebimbangan
Next: RM80 juta dana Kerajaan Sarawak baiki rumah daif di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.