Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ laksana operasi bersepadu sempena Aidiladha dan Gawai
  • TEMPATAN

JPJ laksana operasi bersepadu sempena Aidiladha dan Gawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGARAH JPJ, Norizan Jili ketika ditemui media semasa operasi bersepadu sempena Ops Aidiladha dan Ops Gawai di Jalan Kuching-Serian, semalam. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melaksanakan operasi bersepadu advokasi keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan sempena Ops Hari Raya Aidiladha dan Ops Hari Gawai 2026 di seluruh negeri.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili berkata, operasi itu dilaksanakan dari 24 hingga 31 Mei bagi Ops Hari Raya Aidiladha dan 24 Mei hingga 5 Jun bagi Ops Hari Gawai Dayak.

“Ketika ini kita melaksanakan program advokasi serta kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan sempena Ops Aidiladha dan Ops Gawai di seluruh Sarawak,” katanya.

OPERASI bersepadu yang dijalankan di Batu 8, Jalan Kuching-Serian semalam. Foto Nadya Victoria 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa operasi bersepadu di Batu 8, Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Beliau menambah, fokus operasi adalah pemantauan kawasan yang kerap berlaku kemalangan serta laluan utama di seluruh negeri.

Katanya, pemeriksaan turut dijalankan di tiga terminal bas utama iaitu Kuching, Sibu dan Miri bagi memastikan pematuhan keselamatan penumpang dan pemandu.

“Kita pastikan pemakaian tali pinggang keledar dipatuhi dan pemandu bebas daripada pengaruh dadah. Kita juga bekerjasama dengan AADK sepanjang operasi ini,” ujarnya.

OPERASI bersepadu yang dijalankan di Batu 8, Jalan Kuching-Serian semalam. Foto Nadya Victoria 

Tambahnya, JPJ turut memeriksa kenderaan yang tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans termasuk kenderaan mewah.

“Walaupun hanya sehari tamat tempoh, kita tetap ambil tindakan,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, JPJ turut menggunakan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan untuk tindakan pemantauan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: DUN: Lebih 98,000 rakyat Sarawak terima manfaat program digital komuniti
Next: Pertaruh ‘Kamu Yang’ Ruffedge harap karya baharu dapat tempat di hati peminat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.