
PERIKSA.....Penolong Jurutera, Hailmi Hussain (kanan), Ketua Pemeriksa Kereta Motor, Mohd Faizul Mohamed dan Pemeriksa Kereta Motor dari Unit Kejuruteraan Automotif JPJ, Ishak Nahar (duduk) sedang memeriksa teknikal bahagian pemanduan bas.
SIBU: Unit Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu menjalankan pemeriksaan ke atas bas ekspres di depoh sebuah syarikat bas ekspres di bandar ini.
Pemeriksaan yang bermula semalam hingga Selasa ini adalah sebagai pra-Operasi Tahun Baharu Cina 2023.
Ia bertujuan bagi memastikan bas-bas ekspres terbabit berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
JPJ akan melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2023 secara serentak di seluruh negara, bermula 18 hingga 27 Januari.
Oleh AKUN GIMAN
