Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ: 332 kenderaan diperiksa, 95 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ: 332 kenderaan diperiksa, 95 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

Utusan Sarawak 7 months ago
PERIKSA… Kelihatan anggota dari Unit Operasi dan UPB JPJ Cawangan Miri ketika menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan di sekitar jalan di Miri, semalam.

MIRI: Sebanyak 95 notis ketidakakuran telah dikeluarkan oleh Unit Operasi dan Unit Penguatkuasa Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri, semalam.

Menurut jurucakap JPJ Negeri Sarawak dalam satu kenyataan, Unit Operasi dan UPB JPJ Cawangan Miri telah melaksanakan aktiviti penguatkuasa secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) di sekitar bandar raya ini, semalam.

Katanya, sepanjang berlangsungnya operasi itu, pihaknya telah mengesan beberapa kesalahan.

Antaranya, termasuklah pemandu yang tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan kesalahan teknikal yang lain.

Pada operasi sama, sebanyak 332 kenderaan telah diperiksa dan 95 notis ketidakakuran telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

JPJ Negeri Sarawak, justeru mengingatkan kesemua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sedia ada.

Untuk aduan trafik dan lain-lain, kata jurucakap tersebut, boleh disalurkan ke e-Aduan@JPJ(MyJPJ, SiSPAA, p.sarawak@jpj.gov.my atau di talian 082-373000.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ding pantau pemasangan bekalan elektrik di Dewan IPD Meradong, IPG Kampus Rajang
Next: Pelancaran awal jambatan Marudi Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.