Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • JPBN Sarawak salur lebih RM 70,000 bantuan baik pulih rumah mangsa kebakaran Rumah Sengat Limbang
  • KEBAKARAN

JPBN Sarawak salur lebih RM 70,000 bantuan baik pulih rumah mangsa kebakaran Rumah Sengat Limbang

Utusan Sarawak 3 hours ago
TABAHKAN DIRI…Dr Abdul Rahman ketika berjumpa keluarga mangsa kebakaran di Rumah Sengat Limbang

LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bakal menyalurkan bantuan baik pulih semula rumah mangsa kebakaran yang ranap di Rumah Sengat dekat sini melalui kos lebih RM70,000.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata selain JPBNS, pelbagai pihak turut tampil menghulur bantuan termasuk Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)  Bukit Kota, agensi kerajaan berkaitan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi berkaitan.

“Kita membantu membina semula rumah ranap melalui bantuan peralatan daripada JKM sebanyak  RM10,000 untuk satu pintu, manakala Pusat Khidmat DUN Bukit Kota memperuntuk RM15,000 bagi satu pintu untuk membeli peralatan baikpulih rumah.

“JPBN melalui JPBB dan Daerah akan menilai berapa kos yang diperlukan untuk membantu membaikpulih, sekiranya ranap keseluruhan kos tertinggi adalah sebanyak RM70,000 dan kemungkinan akan dikaji semula sebab kos barang naik dan saya rasa dalam lingkungan RM85,000,” katanya kepada media ketika menyantuni mangsa kebakaran rumah di Rumah Sengat, Batu 8, Jalan Kubong Limbang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata bahawa JKM turut membantu membeli peralatan dapur bernilai RM1,000, peralatan tempat tidur berjumlah RM200, serta peralatan persekolahan anak-anak sebanyak RM300.

Tambahan itu, APM Daerah Limbang turut menyediakan bantuan bakul makanan kepada mangsa kebakaran.

Pada masa yang sama orang ramai termasuk badan bukan kerajaan dan pihak swasta dialu-alukan untuk membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

Beliau berkata kebanyakkan kes kebakaran disebabkan berlakunya litar pintas dan  segera memperbarui sistem pendawaian elektrik lama untuk mengelakkan kebakaran rumah yang sering berpunca daripada litar pintas. 

Semalam, sebuah bilik di rumah panjang itu ranap keseluruhan dalam kebakaran yang berlaku pada 3.40 petang. Kebakaran itu turut menjejaskan dua bilik di rumah panjang terbabit dan kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah semi-D dua tingkat musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.