Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPBB Miri tinjau tiga lokasi SJR
  • TEMPATAN

JPBB Miri tinjau tiga lokasi SJR

Utusan Sarawak 4 years ago
TINJAUAN… Datuk Lee Kim Shin mengadakan tinjauan di lokasi Sekatan Jalan Raya di Miri, semalam.

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri  telah  mengadakan tinjauan di tiga lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR)  di  sini iaitu  SJR Lambir, Beluru dan Bakam.

Tinjauan  itu  diketuai oleh  Menteri  Bertanggungjawab bagi  JPBB Miri  dan Datuk Bandar  Majlis  Bandaraya Miri  (MBM), Adam  Yii.

“Lengkap dua dos vaksin, permit polis dan surat majikan daripada perkhidmatan perlu antara dokumen diperlukan untuk mendapat kelulusan permit rentas daerah di bahagian ini yang dilaksanakan serta-merta.

“Sehubungan itu, bagi orang ramai yang ingin memohon permit untuk rentas daerah (Miri, Subis, Marudi, Beluru dan Telang Usan) dalam Bahagian Miri perlu mematuhi ketetapan syarat-syarat  yang diluluskan oleh JPBB Miri,” demikian kata  Lee yang juga merupakan  Menteri  Pengangkutan  Sarawak  selepas  mengadakan  tinjauan  tersebut.

Lee  berharap SJR ini diperketatkan dan tidak bertolak ansur dengan mana-mana pemandu yang tidak memilik permit atau bertujuan ke daerah lain untuk menghadiri majlis sosial.

“Pihak berkuasa tidak akan meluluskan permit rentas daerah untuk aktiviti sosial serta urusan peribadi menghadiri majlis sosial dan aktiviti sosial seperti menyambut hari jadi, berburu dan perayaan,” katanya.

Ketika lawatan di SJR Bakam, beliau turut memaklumkan pihak JKR Miri agar mengambil tindakan segera berhubung dengan kedudukan  SJR Bakam  untuk memindahkan ke tempat yang tidak terlalu dekat dengan laluan jalan raya.

Dalam  lawatan  itu, Lee turut menyampaikan pek  makanan  berserta dengan bahan sanitasi dan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan dan juga menyampaikan ucapan ringkas bagi memberikan motivasi serta kata-kata perangsang kepada semua petugas untuk meningkatkan semangat pegawai dalam bersama-sama memerangi dan menyekat penularan pandemik Covid-19.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: FENOMENA ‘KEPALA AIR’ BALEH
Next: Projek lambat siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.