Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Jom singgah nikmati kombo minum petang dan hidangan kombo di Ombak Cafe @ Samudra Hotel
  • RENCANA

Jom singgah nikmati kombo minum petang dan hidangan kombo di Ombak Cafe @ Samudra Hotel

Utusan Sarawak 7 hours ago
CUCUR ikan bilis.

KUCHING: Setiap kali menjelang petang, pasti ramai yang mula mencari hidangan enak untuk mengalas perut, dan salah satu yang sering menjadi pilihan ialah cucur ikan bilis yang rangup serta menyelerakan.

Hidangan ini merupakan antara menu promosi Set Kombo Minum Petang yang ditawarkan di Ombak Cafe @ Samudra Hotel setiap hari bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Antara set yang ditawarkan termasuk set roti bakar bersama secawan kopi atau teh o pada harga RM5.90, selain set pengat ubi kayu bersama minuman pada harga RM12.90.

UBI kayu goreng.

Turut menjadi pilihan pelanggan ialah set pisang goreng dan popia goreng bersama dua cawan kopi atau Teh O dengan harga RM15.90.

Bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan, set pisang goreng, ubi kayu goreng dan cucur ikan bilis bersama empat cawan kopi atau teh turut disediakan pada harga RM31.90.

Promosi tersebut dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk menikmati suasana santai sambil menikmati hidangan tradisional pada waktu petang.

ASAM pedas.

Turut diperkenalkan pelbagai pilihan Hidangan Kombo dengan harga lebih menjimatkan bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan tengah hari dan makan malam.

Antara menu yang ditawarkan ialah set individu nasi putih bersama ikan kari atau asam pedas serta air sirap pada harga RM15.20, sekali gus menjimatkan RM2.70 berbanding harga biasa.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati set individu nasi goreng ayam pedas manis bersama air sirap pada harga RM15.90, manakala set mi kari ayam bersama air sirap ditawarkan pada harga RM14.40.

MI kari ayam.

Bagi pelanggan yang datang bersama keluarga, Ombak Cafe turut menyediakan set keluarga yang merangkumi tiga hidangan nasi putih bersama ikan kari atau asam pedas, sayur campur, ulam-ulaman, telur dadar serta tiga air sirap pada harga RM61.60.

Promosi tersebut berlangsung setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam dan sah untuk pelanggan makan di premis serta bawa pulang. Namun, caj tambahan RM1 dikenakan bagi pesanan bungkus.

MINUMAN menyegarkan asamboy limau.

Pihak kafe berharap promosi itu mampu memberi pilihan makanan yang lebih berbaloi kepada pelanggan sambil menikmati hidangan tempatan yang menyelerakan.

Sementara itu, minuman menjadi pilihan pelanggan asamboy limau, gabungan asam boi dan limau bersama ais batu menghasilkan rasa masam-manis yang seimbang, sekali gus sesuai dinikmati terutama pada cuaca panas.

Pastikan anda tidak ketinggalan singgah ke Ombak Cafe @ Samudra Hotel untuk menikmati pelbagai hidangan dan minuman menarik yang disediakan.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Pasangan kahwin campur bangga RM Corner satukan pelbagai kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.