Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jom! Sertai Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif
  • TEMPATAN

Jom! Sertai Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGANJUR… Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (tiga, kanan) menerima borang penyertaan daripada Pemilik Hoi Tin Lau Restaurant, Goh Ah Seng sambil disaksikan oleh Vincent Bong dari Sin Chew Daily (kiri), Setiausana Persatuan Tukang Masak How Yu Kuching, Liew Siet Sam (dua kiri), Tan Hui Chin (dua, kanan) dan Sim Kiang Chiok (kanan).

KUCHING : Mereka yang berbakat dan berminat membuat Kuih Bulan dipelawa menyertai Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif yang akan diadakan pada 20 September ini, mulai jam 1:00 petang hingga 4:30 petang di Aeroville Mall, Jalan Stutong.

Pertandingan yang adakan bersempena Festival Pertengahan Musim Luruh 2020 ini dianjurkan oleh Persatuan Tukang Masak How Yu dan dijayakan dengan kerja sama rakan media, Utusan Sarawak dan Sin Chew Daily, serta mendapat tajaan daripada AeroVille Mall, Liansin, Anna Liew Buffalo dan Hoi Tin Lau Restaurant Sdn. Bhd.

Penyertaan dibuka kepada warga Kuching tanpa mengira umur dan bangsa tetapi terhad kepada 30 kumpulan sahaja. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada dua orang ahli, sama ada dua orang dewasa atau seorang dewasa bersama seorang kanak-kanak.

Sekiranya penyertaan yang diterima melebihi had, pihak penganjur akan membuat cabutan undi. Mereka yang tidak terpilih untuk bertanding boleh datang dengan membawa borang penyertaan bagi melayakkan diri menerima ‘door gift’ serta menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Pada hari pertandingan, peserta tidak perlu membawa bahan masakan atau peralatan kerana semua keperluan akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta hanya perlu melapor diri 45 minit sebelum pertandingan bermula dan membawa bahan hiasan bagi menghiasi Kuih Bulan masing-masing.

Penghakiman akan dibuat berdasarkan kriteria hiasan (40 markah), reka bentuk kreatif (30 markah), kekemasan (20 markah) dan kebersihan (10 markah) Antara hadiah yang ditawarkan ialah RM200 berserta hadiah istimewa untuk pemenang pertama, RM150 berserta satu hadiah istimewa untuk tempat kedua dan RM100 berserta satu hadiah istimewa untuk tempat ketiga.

Sementara itu 15 kumpulan lagi akan menerima hadiah sagu hati berupa Kek Bulan dan Kuih Bulan serta satu hadiah istimewa.

Sementara itu, mereka yang datang tetapi bukan untuk bertanding juga layak menerima ‘door gift’ dengan syarat membawa bersama borang penyertaan asli.

Borang penyertaan boleh didapati daripada akhbar-akhbar yang menjadi rakan media pertandingan ini. Borang perlu dilengkapi dengan maklumat peserta, dirakam gambar dan dihantar melalui WhatApp ke nombor 016-8078118 atau 0168893813 atau dihantar ke kaunter AeroVille Mall sebelum atau pada 15 September 2020.

Continue Reading

Previous: UNIFOR bukti Kerajaan Sarawak prihatin
Next: ADUN Tamin lawat tapak bina Rumah Agak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.