

KUCHING: BAS.MY Kuching akan memulakan perkhidmatan secara berfasa mulai esok hingga April kelak.
Jurucakap Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memberitahu, laluan Q10 adalah laluan pertama yang pada 5 Mac nanti.
Laluan berkenaan bermula dari Market Open Air ke Serian, melibatkan enam bas baharu yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
“Jarak sehala laluan ini adalah sebanyak 67 kilometer (km) dan merangkumi 48 hentian bas. Perkhidmatan BAS.MY Kuching dilaksanakan di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) di bawah Kerajaan Persekutuan.
BAS.MY Kuching menggunakan sistem pembayaran terbuka apabila pengguna boleh membayar dengan kad debit, kad kredit, e-wallet dan wang tunai.
Warganegara Malaysia boleh melanggani Kad 30 Hari BAS.MY pada RM50 yang membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kuching tanpa had untuk 30 hari.
Bagi OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa juga boleh menikmati tambang percuma dengan memohon Kad Konsesi BAS.MY.
OLEH CONNIE CHIENG