‘Jom Membeli-Belah Bersama Ah Jen’ bantu peniaga, penduduk

Facebook
WhatsApp
PROGRAM ‘Jom Membeli-Belah Bersama Ah Jen’

KUCHING: Program ‘Jom Membeli-Belah Bersama Ah Jen’ akan kembali diadakan di Pasar Batu Tujuh, Kota Sentosa Ahad ini bagi membantu peniaga tempatan serta meringankan beban penduduk susulan keadaan jerebu ketika ini.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata, program itu diadakan semula selepas beliau mendapati keadaan perniagaan di pasar berkenaan agak lengang ketika mengadakan lawatan semalam.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching kekal pada tahap tidak sihat, ramai memilih untuk berada di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar, termasuk ke pasar.

“Keadaan ini secara langsung menjejaskan pendapatan peniaga, yang bergantung kepada jualan harian untuk menyara keluarga,” katanya.

Kong berkata, kupon membeli-belah bernilai RM30 akan diagihkan kepada penduduk kawasan Stampin secara siapa cepat dia dapat, dengan satu kupon bagi setiap isi rumah.

Kupon berkenaan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian daripada peniaga yang mengambil bahagian di Pasar Batu Tujuh, Kota Sentosa.

Pengagihan akan bermula pada 7.30 pagi Ahad ini di lokasi bertentangan Kalin Enterprise, Batu Tujuh.

“Kami berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban keluarga, selain menarik lebih ramai pelanggan kembali ke Pasar Batu Tujuh dan menyokong peniaga yang bergantung kepada pasar ini sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

PETRA JAYA: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi