Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKWS komited perkasa ekonomi wanita
  • TEMPATAN

JKWS komited perkasa ekonomi wanita

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak- Kanak Datuk Rosey Yunus bersama  tetamu jemputan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian Program WST Outreach Siri 3 yang diadakan di Kolej Komuniti Miri  hari ini. Foto: Liong chai Ling

MIRI: Program Women Skills Training (WST) Outreach merupakan antara inisiatif strategik Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) untuk membuka ruang pembelajaran berterusan dan menjana peluang ekonomi kepada wanita melalui latihan kemahiran vokasional.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak- Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, penguasaan kemahiran teknikal dan vokasional merupakan satu kelebihan yang amat bernilai.

“Justeru itu, program seperti ini amat penting dalam melahirkan wanita yang lebih berdikari, berdaya tahan dan mampu bersaing dalam pelbagai bidang keusahawanan mahupun tenaga kerja,” katanya semasa berucap pada Program WST Outreach Siri 3 yang diadakan di Kolej Komuniti Miri hari ini.

Seramai  100  peserta hadir pada program tersebut untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti jahitan, kecantikan, spa dan urut serta kulinari

Rosey berkata,  penglibatan aktif para peserta merupakan bukti jelas bahawa wanita Sarawak, khususnya di Miri, memiliki keazaman dan semangat yang tinggi untuk memperkasa diri demi kehidupan yang lebih baik.

“Program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran sedia ada, tetapi juga memberi peluang untuk menjana pendapatan serta mempertingkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan komuniti secara keseluruhan.

“Saya amat berbangga dengan sambutan luar biasa daripada para peserta yang hadir penuh semangat untuk menimba ilmu.

“Ini menunjukkan keinginan mendalam dalam kalangan wanita Sarawak untuk terus mara ke hadapan sebagai ejen perubahan dalam keluarga, komuniti dan negeri tercinta ini,” ujarnya.

Oleh Liong chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemudahan sukan SM Kai Dee siap dinaik taraf  
Next: Overwhelming success for SUPP Kuching Branch counter service

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.