Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JKR digesa laksana kerja-kerja pembaikan Jalan Song/Sipan – Temalat
  • SEMASA

JKR digesa laksana kerja-kerja pembaikan Jalan Song/Sipan – Temalat

Utusan Sarawak 3 months ago

KAPIT: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah digesa untuk segera melaksanakan kerja-kerja pembaikan di Jalan Song/Sipan-Temalat yang terjejas akibat tanah runtuh pada Khamis lalu.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa kerja-kerja pembaikan perlu dilaksanakan dengan segera kerana laluan tersebut merupakan antara jalan utama yang digunakan oleh penduduk setempat.

“Dari tinjauan banjir di Kuching, pagi ini saya turun ke lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit di Kapit.

“Memang keadaan di sini agak teruk disebabkan tanah yang runtuh selepas hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu turut mengarahkan pasukan JKR untuk menjalankan pemantauan berterusan terhadap pergerakan tanah di kawasan terjejas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh membahayakan nyawa orang awam.

“Buat sementara waktu, laluan lencongan telah disediakan untuk kenderaan kecil dan ringan.

“Saya juga telah meminta supaya papan tanda dan arahan lalu lintas di kawasan lencongan dipasang dengan jelas demi keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam tindakan pantas menangani bencana di kawasan berkenaan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 62 PPS dibuka di Sarawak tampung 12,914 mangsa banjir
Next: Keadaan banjir di Sarawak tunjuk trend menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.