JKR arahkan kontraktor segerakan kerja pembaikan

Facebook
WhatsApp
LAWATAN Pengarah JKR Sarawak di lokasi kejadian runtuhan jalan di Jaong Sebemban, Pantu, petang tadi. Foto JKR Sarawak

PANTU: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Cassidy Morris turun padang bagi meninjau kejadian runtuhan jalan di Jaong Sebemban, Pantu, petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak, kejadian runtuhan pada jalan tersebut telah menjejaskan pergerakan penduduk setempat serta pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

“Dalam tinjauan tersebut, Pengarah JKR Sarawak telah mengarahkan kontraktor untuk menyegerakan kerja pembaikan.

“Ia adalah bagi memastikan jalan dapat digunakan semula dalam tempoh yang segera,” katanya.

FOTO JKR Sarawak

Penduduk setempat dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan laluan alternatif yang disediakan dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh pembaikan dijalankan.

“Pihak JKR Sarawak akan terus memantau perkembangan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan kelancaran proses pembaikan serta keselamatan pengguna jalan raya terjamin,” kata kenyataan itu.
Oleh Adi Saparman