Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKMS komited ringankan beban rakyat
  • TEMPATAN

JKMS komited ringankan beban rakyat

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Dato’ Sri Fatimah Abdullah hadir melawat dan memberikan bantuan kepada Norlela Bujang dan anak perempuannya, Nurfatihah Shahmnan yang kehilangan tempat berteduh

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) terus komited dalam membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pihaknya datang menyerahkan bantuan kepada seorang ibu tunggal buta, Norlela Bujang dan anak perempuannya Nurfatihah Shahmnan setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Norlela dan anak perempuannya Nurfatihah hilang tempat berteduh disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah dan kini kedua-duanya ditempatkan di sebuah bilik sewa di kawasan satok buat sementara waktu oleh pihak badan buka kerajaan (NGO) yang prihatin.

“Menerusi lawatan ini, saya menyerahkan bantuan baucar pakaian seragam, biasiswa tempatan dan bas percuma sekolah daripada Yayasan Sarawak, bantuan peralatan sekolah termasuk pelitup muka daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), bantuan Bank Rakyat serta bantuan dari segi keperluan harian daripada JKMS,” maklumnya.

Dalam pada itu, Fatimah turut memaklumkan bantuan tersebut termasuk bantuan kebajikan, RM350 sebulan dan Baitulmal RM350 sebulan diterima tiga bulan sekali, termasuk sumbangan berjumlah RM10,000 dengan cara RM500 sebulan daripada Hope Place dan Persatuan Pemilik 4×4 Sibu.

“Saya berharap agar ia dapat meringankan beban Norlela dan sedikit sebanyak memberi kekuatan buatnya untuk terus kuat mendepani cabaran kehidupan,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Komited pelihara keselesaan rakyat
Next: KAMPUNG BINTAWA DILAKSANAKAN PKPD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.