Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM salur RM42.9 juta kepada 54,040 penerima bantuan
  • Tengah
  • WILAYAH

JKM salur RM42.9 juta kepada 54,040 penerima bantuan

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Datuk Mohammad Razi Sitam bergambar bersama yang lain pada majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 Daerah Betong bertempat di Masjid Darul Solihin Debak. Foto ADUN Saribas

DEBAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak telah menyalurkan sejumlah RM42.9 juta untuk 54,040 penerima bantuan bulanan klien JKM di seluruh Sarawak dari Januari hingga Februari 2024.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata bagi Bahagian Betong, daripada Januari hingga Mac tahun ini, JKM Betong telah menyalurkan sejumlah RM6.322 juta untuk 4,835 penerima bantuan bulanan JKM.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KWPK) melalui JKM Sarawak amat mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak dalam meningkatkan kesejahteraan golongan rentan.

“Sokongan kuat dari segi moral, psikologi dan emosi adalah penting dalam membantu kelangsungan hidup mereka,” katanya.

DATUK Mohammad Razi Sitam menyampaikan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada salah seorang penerima. Foto ADUN Saribas

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 Daerah Betong bertempat di Masjid Darul Solihin Debak di sini hari ini.

Razi berkata bagi Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri pada tahun ini, JKM Sarawak telah memperuntukkan RM1.662 juta untuk 16,624 orang klien JKM dari seluruh negeri.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 2,398 klien JKM Bahagian Betong merupakan penerima sumbangan sempena Aidilfitri kali ini,” katanya.

Majlis yang penuh dengan keberkatan ini menyaksikan pengagihan sumbangan penerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) kepada Mundat Encharang dan Menggan Madil.

SUMBANGAN AIDILFITRI… Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada salah seorang penerima. Foto ADUN Saribas

Turut disampaikan penerima Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah penerima sebanyak lima orang.

Turut hadir, wakil Pengarah JKM Sarawak, Nurin Chunggat, wakil Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Abdul Shamat Kasim, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Mohd Khairurani Mohd Ibrahim dan Temenggong Piee Alwi.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf pintu air Kampung Perpat
Next: Sumbangan kerusi roda kepada warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.