Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKKK dibenar laksana projek RTP
  • TEMPATAN

JKKK dibenar laksana projek RTP

Utusan Sarawak 5 years ago
PANTAU … Datuk Amar Douglas Uggah Embas melihat keadaan jambatan di Lempaong, Spaoh yang diancam hakisan tebingan sungai.

SPAOH: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri ini diberi keizinan untuk melaksanakan projek transformasi luar bandar (RTP) bernilai hingga RM200,000.00.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mereka (JKKK) akan dibenarkan untuk melaksanakan projek itu sendiri melalui gotong-royong atau melibatkan kontraktor berdaftar pilihan mereka.

 “Kabinet negeri dalam mesyuaratnya  baru-baru ini telah memutuskan perkara tersebut,” katanya pada mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Komuniti Spaoh, di sini semalam.

Tambahnya, agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Pengairan dan Saliran akan membantu JKKK dan ditugaskan untuk menyiapkan BQ (Bill of Quantities) bagi projek yang mereka laksanakan.

“BQ akan menetapkan spesifikasi projek dan bahan, penjadualan pembinaan, kos dan lain-lain. Saya berharap ahli JKKK dapat memainkan peranan aktif dalam pelaksanaannya hingga selesai,” ujarnya.

Sementara itu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban meminta anggota parti untuk mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Saya yakin penduduk di sini akan tetap menjadi penyokong kuat kerajaan negeri GPS kerana berorientasikan rakyat dan dasar pembangunan luar bandar yang lebih besar.

“Saya juga percaya, mereka akan menolak parti pembangkang seperti Parti Sarawak Bersatu atau PKR yang juga mengintai kerusi itu,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Polis pantau premis nombor ramalan
Next: 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.