Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jeti belian Jalan Sawmill bakal dinaik taraf untuk manfaat komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Jeti belian Jalan Sawmill bakal dinaik taraf untuk manfaat komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana mengadakan lawatan tapak bagi projek menaik taraf jeti belian di Jalan Sawmill dekat sini hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Jeti belian akan dinaik taraf di Jalan Sawmill dekat sini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk kampung yang melaluinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berjata projek menaik taraf jeti belian itu akan menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan pembinaan jeti belian tersebut.

“Jeti belian di kawasan Jalan Sawmill di dapati telah rosak dan perlu dibaiki kerana boleh membahayakan penduduk. 

“Selepas dilakukan proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong kelak, proses menaik taraf jeti belian akan dilaksana sepenuhnya bagi memastikan jeti tersebut selamat untuk dilalui penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan JKR Saratok telah mengadakan lawatan tapak bagi projek menaik taraf jeti belian di Jalan Sawmill, hari ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM52.76 juta diperuntuk naik taraf paip lama di Bahagian Betong
Next: Program inovatif RECIP3K beri manfaat kepada murid SK Tanjung Bijat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.