Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jerman: 120 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk
  • GLOBAL

Jerman: 120 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk

Utusan Sarawak 4 months ago

FRANKFURT: Sebanyak 120 daripada 1,090 penerbangan yang dijadualkan pada Ahad di lapangan terbang paling sibuk di Jerman, Frankfurt telah dibatalkan akibat cuaca musim sejuk, termasuk salji, hujan berais dan hujan beku, menurut jurucakap pengendali lapangan terbang Fraport kepada agensi berita Jerman (dpa).

Beliau berkata kapasiti lapangan terbang terjejas kerana landasan perlu dibersihkan dan jarak penglihatan yang terhad.

Menurut beliau, selain itu, proses menyahais pesawat juga mengambil masa lebih lama disebabkan keadaan cuaca.

Jurucakap itu menasihatkan penumpang supaya menyemak dengan syarikat penerbangan mengenai penerbangan mereka dan jika perlu, memberi masa tambahan untuk perjalanan ke lapangan terbang.

Fraport sebelum ini telah memberi amaran mengenai kemungkinan pembatalan penerbangan akibat keadaan cuaca.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Ikan tuna sebesar motosikal dibida hampir RM6 juta di Tokyo
Next: Helikopter terhempas di Gujarat, 3 terbunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.