Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jerit minta tolong namun tiada siapa endah
  • TEMPATAN

Jerit minta tolong namun tiada siapa endah

Utusan Sarawak 5 years ago
DIRAKAM… Paparan skrin rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam kereta pada kejadian di Jalan Bintang, Miri, semalam.

MIRI : Seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian culik di Jalan Bintang di sini, petang semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar 4.00 petang itu berjaya dirakam orang awam sebelum video kejadian itu menjadi tular di media sosial Facebook.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran lelaki terbabit menjerit untuk meminta bantuan namun tiada sesiapa yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, mangsa ditemui ditinggalkan berdekatan sebuah bank di jalan Jalan North Yu Seng sekitar jam 7.00 malam selepas beberapa jam kejadian terbabit.

“Setakat ini, kami belum mengenal pasti motif sebenar kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan termasuk usaha untuk mengesan kesemua suspek,” katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
Next: RM30 juta naik taraf Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.