Jerebu: Serian catat IPU 495, Lubok Antu 405

Facebook
WhatsApp
Screenshot

KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak terus membimbangkan apabila IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 495 pada 6.00 pagi, sebelum Lubok Antu mencatat bacaan 405 pada 8.00 pagi ini.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, bacaan Lubok Antu pada 8.00 pagi itu berada pada tahap sangat berbahaya, manakala Tebedu (341) dan Lundu (321) turut merekodkan bacaan melebihi 300 pada tahap berbahaya.

Bacaan IPD Serian (MCAQM) bagi 8.00 pagi tidak tersedia, namun bacaan pada 6.00 pagi menunjukkan kawasan berkenaan merekodkan IPU 495.

Sementara itu, Kuching merekodkan bacaan 298, diikuti Samarahan (273) dan Sri Aman (248), masing-masing berada pada tahap sangat tidak sihat.

Kanowit turut mencatat bacaan pada tahap sangat tidak sihat iaitu 202.

Sebanyak lapan kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Betong dengan 190, Sarikei (180), Sibu (175), Mukah (170), Bintulu (159), Samalaju (152), Lawas (150) dan ILP Miri (137).

Kapit, Miri dan Limbang masing-masing merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu 90, 93 dan 98, manakala Bario mencatat bacaan 78.

Oleh Adele Rissa