Jerebu beransur reda, hanya dua kawasan di Sarawak catat tahap sangat tidak sihat

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 8.00 malam ini.

KUCHING: Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Sangat Tidak Sihat setakat 8.00 malam ini.

Lubok Antu mencatat bacaan tertinggi iaitu 215, diikuti Sri Aman dengan 208, manakala Samarahan merekodkan bacaan 200.

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan pada tahap Tidak Sihat, dengan bacaan tertinggi selepas tiga kawasan berkenaan ialah Lundu (194), Samalaju dan Kanowit (192), serta Betong (190).

Kuching mencatat bacaan 184, IPD Serian (MCAQM) (187), Sarikei (184), Sibu (171), Mukah (187), Bintulu (187), Miri (168), ILP Miri (174), Limbang (155), Tebedu (160) dan Lawas (117).

Hanya Kapit (89) dan Bario (71) merekodkan bacaan pada tahap Sederhana.

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran