Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jentera PBB bersedia pertahan Sebuyau
  • TEMPATAN

Jentera PBB bersedia pertahan Sebuyau

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Julaihi Narawi merakam gambar selepas Mesyuarat Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau, baru-baru ini.

SEBUYAU: Jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sebuyau bersiap sedia untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha itu adalah demi meneruskan agenda pembangunan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita di Sebuyau yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri dan percaya agenda pembangunan secara menyeluruh yang dibawa oleh kerajaan GPS,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata demikian dalam amanatnya pada Mesyuarat Cawangan PBB Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau, baru-baru ini.

Mesyuarat dipengerusikan Julaihi Narawi yang juga Naib Yang DiPertua PBB Negeri Sarawak dan Ketua PBB Cawangam Sebuyau.

Beliau turut menambah perpaduan kaum, agama dan kepelbagaian latar belakang rakyat Sarawak hari ini merupakan kunci utama kepada kelestarian pembangunan Sarawak.

“Sehubungan itu saya menyeru ahli-ahli GPS supaya menolak pihak luar yang kerap memainkan isu yang boleh mencetuskan ketengangan sesama kita.

“Saya turut yakin rakyat di Sebuyau akan terus menyokong kerajaan GPS untuk masa hadapan yang lebih baik,” katanya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Projek Lebuh Raya Pan Borneo siap 52 peratus
Next: Program OTG Komuniti Pemuda PBB ceriakan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.