Jengkaut terbakar di Lorong Stephen Yong Park

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kecil pada bahagian enjin jengkaut di Lorong Stephen Yong Park, Kuching, petang tadi. Foto JBPM 

KUCHING: Sebuah jentera berat jenis jengkaut mengalami kebakaran kecil di bahagian enjin dalam kejadian di Lorong Stephen Yong Park, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.41 petang. 

ANGGOTA bomba memadam kebakaran kecil pada bahagian enjin jengkaut di Lorong Stephen Yong Park, Kuching, petang tadi. Foto JBPM 

“Kebakaran melibatkan sebuah jengkaut jenis piling yang terbakar di bahagian enjin dengan anggaran kemusnahan sekitar 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjaya mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu unit alat pemadam api serta satu aliran hos gegelung.

“Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 7.15 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” tambahnya.

Oleh Adele Rissa

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis