Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jenazah Tun Taib dibawa ke Masjid Negara
  • NASIONAL

Jenazah Tun Taib dibawa ke Masjid Negara

Utusan Sarawak 1 year ago
JENAZAH bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak, hari ini. Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 9.05 pagi.

Tun Taib meninggal dunia di hospital berkenaan pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara bagi tujuan pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Terdahulu, perkarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Antara yang berada di hospital adalah Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. – Bernama

Continue Reading

Previous: KEB 2024 gali teknologi, peluang baharu ekonomi Bumiputera – Ahmad Zahid
Next: Pemergian Tun Taib satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.