Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jenazah ibu Dr Wan Azizah selamat dikebumikan
  • NASIONAL

Jenazah ibu Dr Wan Azizah selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 3 years ago

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sugul ekoran pemergian ibunya Datin Mariah Khamis awal pagi tadi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, kira-kira 11.15 pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 88 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada 2.45 pagi tadi.

Dr Wan Azizah menyifatkan arwah ibunya adalah tulang belakang kepada pencapaiannya sebelum ini.

“Beliau antara yang mendorong saya dalam (melaksanakan) insentif I-suri (sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri).

“Sebab itu saya ingat tiap-tiap ibu atau suri rumah yang menyumbang membangunkan sebuah keluarga itu, kita mesti hargai. Syurga di bawah tapak kaki ibu kan,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Al-Mustaqim Ampang.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak. Dr Wan Azizah merupakan anak kedua. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes baharu mingguan meningkat 21.5 peratus
Next: Sirap ubat dikait kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.