Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji perlu sedia hadapi cuaca panas ketika berada di Madinah
  • GLOBAL

Jemaah haji perlu sedia hadapi cuaca panas ketika berada di Madinah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGARAH Operasi Tabung Haji Madinah, Affandi Abdullah.

MADINAH: Jemaah haji diingatkan untuk bersedia menghadapi cuaca panas yang boleh mencecah hingga 45 darjah Celsius ketika berada di kota suci Madinah.

Pengarah Operasi Tabung Haji Madinah Affandi Abdullah turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M untuk menjaga kesihatan dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

“Tahun ini keadaan cuaca panas dan kering, suhu biasanya jangkaan boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius dan setakat ini, suhu di Madinah baru mencecah 41 darjah Celsius. Kalau masuk bulan Mei, cuaca dijangka lebih panas.

“Sebelum ini, suhu pernah cecah hingga 49 darjah Celsius. Jadi, jemaah dinasihatkan untuk bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca terkini ketika menunaikan ibadah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 Affandi turut menasihati jemaah haji supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan Tabung Haji termasuk ketika berada di bangunan penginapan sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau berkata musim haji tahun ini melibatkan dua fasa kemasukan ke Madinah dengan 45 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah akan masuk terlebih dahulu ke kota suci berkenaan manakala pada fasa kedua, jemaah akan memasuki Madinah dari Mekah selepas wukuf. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Letupan besar gegarkan pelabuhan di selatan Iran, punca masih disiasat
Next: 4 terbunuh, lebih 500 cedera dalam letupan pelabuhan Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.