Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jelajah Dunia Akhir: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
  • SUKAN

Jelajah Dunia Akhir: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir

Utusan Sarawak 5 months ago

Aaron-Wooi Yik (kiri) dan Zii Jia

KUALA LUMPUR: Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China hari ini.

Pemain nombor lapan dunia itu, meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mengejutkan ranking nombor satu dunia dari Denmark Anders Antonsen 21-14, 21-19, dalam tempoh 47 minit pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Zii Jia seterusnya akan bertemu wakil China Li Shifeng bagi aksi pelengkap kumpulan, yang kesemuanya akan berlangsung esok.

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi langkah positif itu, selepas bangkit daripada kekalahan set pertama 19-21 sebelum melakar kemenangan 21-14, 21-15 ke atas pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, pada perlawanan kedua mereka dalam saingan Kumpulan B.

Aaron-Wooi Yik akan menentang satu lagi pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani, bagi aksi pelengkap kumpulan itu.

Dalam pada itu, beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani kembali menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir, selepas melakar kemenangan pertama mereka dalam peringkat Kumpulan A dengan menewaskan pasangan Taiwan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 15-21, 21-19, 21-13.

Sze Fei-Nur Izzudin bagaimanapun perlu memburu kemenangan kedua mereka ke atas juara Olimpik dua kali Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan, pada aksi pelengkap kumpulan untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Derita City berterusan, di ambang penyingkiran
Next: Chelsea lakar kemenangan kelima, ungguli Liga Konferens

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.