Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama
  • SUKAN

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengatasi halangan pertama apabila menundukkan wakil tuan rumah He Jiting-Ren Xiangyu dalam saingan Kumpulan B, Jelajah Dunia Akhir  Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China.

Pasangan di ranking kelima dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-18, 21-15 dalam tempoh 63 minit pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu dijadualkan berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.

Sementara itu, perseorangan profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila memenangi aksi pertama dalam kumpulan A, menundukkan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-15 dalam tempoh 36 minit.

Zii Jia akan berdepan Anders Antonsen dari Denmark, esok.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak julung kali dipilih tuan rumah Piala Dunia Kriket Wanita 
Next: Pengeluar produk sukan antarabangsa, Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Lee Zii Jia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.