Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jejambat Serian kedua dibuka untuk orang ramai
  • TEMPATAN

Jejambat Serian kedua dibuka untuk orang ramai

Utusan Sarawak 5 years ago
PENERANGAN… Abang Johari Tun Openg mendengar penerangan mengenai projek jejambat sebelum melakukan tinjauan ke kawasan jejambat, di Serian, semalam.

SERIAN: Setelah empat tahun sejak 2016 kerja pembinaan dijalankan, jejambat Serian kedua yang terletak berhampiran Danau Danu dan Gereja St Theresa di sini kini akan dibuka secara rasmi untuk orang ramai.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menghadiri dan menyempurnakan jejambat Serian kedua semasa lawatan beliau di Serian, di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, Abang Johari diberi penerangan mengenai kemajuan jejambat tersebut dan dijelaskan mengenai latar belakang projek tersebut oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua menteri turut disertai oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan (DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Terdahulu, beliau juga telah melakukan lawatan ke Kompleks Pejabat Jabatan Kerajaan Negeri dan Serian Convention Center.

Kemudian, beliau juga telah membuat lawatan ke Loji Rawatan Air Slabi yang juga merangkumi sesi taklimat untuk delegasi yang berkunjung sebelum lawatan akhir beliau ke jejambat Serian kedua.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Bukan janji air liur – Michael Manyin
Next: Aset APMM sentiasa ada di BPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.