Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • JDT pernah ditewaskan – Aidil Sharin
  • SUKAN

JDT pernah ditewaskan – Aidil Sharin

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin bercakap pada sidang media menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2025Ð26 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Esok, Johor Darul Ta’zim F.C. bakal menentang Kuching City FC dalam aksi final bagi merebut gelaran juara Piala Malaysia 2025Ð26. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak percaya pasukannya mempunyai pelbagai alasan untuk berasa yakin mampu memberi tentangan sengit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2025-2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Katanya kemenangan Kuala Lumpur City FC 2-0 ke atas JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di venue sama membuktikan bahawa skuad Harimau Selatan itu boleh ditewaskan di pentas besar, sambil menegaskan bahawa keyakinan dan kerja keras akan menjadi kunci kekuatan pasukannya.

Justeru, beliau menggesa pemainnya supaya menampilkan prestasi terbaik demi semangat penyokong Kuching City yang sanggup datang jauh dari Sarawak untuk berasa bangga.

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim F.C., Xisco Munoz bersama pemain Johor Darul Ta’zim F.C., Bergson Gustavo Silveira da Silva melakukan simbolik menjulang trofi Piala Malaysia 2025Ð26 bersama ketua pasukan Kuching City FC, James Okwuosa dan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak (kiri) pada sidang media hari ini menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2025Ð26 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Esok, Johor Darul Ta’zim F.C. bakal beraksi menentang Kuching City FC bagi merebut gelaran juara Piala Malaysia 2025Ð26. Foto BERNAMA

“Contohnya sudah ada. Bola sepak ini semuanya tentang keyakinan dan kerja keras. Seperti yang saya katakan, kita tidak boleh mengawal keputusan, tetapi kita tidak datang ke sini hanya untuk menyertai pertandingan.

“Kami berada di sini untuk memberikan terbaik dan tidak mahu mengecewakan peminat Sarawak yang sanggup datang jauh ke sini hanya untuk menonton aksi yang buruk. Kami perlu berusaha ke tahap maksimum dan memberikan terbaik,” katanya pada sidang media praperlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, ketua pasukan James Okwuosa percaya bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit permainan.

“Bagi kami, perkara paling penting adalah menang kerana apabila menang, anda mencipta sejarah dan orang akan mengingatinya.

“Seperti yang jurulatih katakan, kami tidak datang ke sini hanya untuk melengkapkan jadual, kami di sini untuk bersaing dan memberikan kelainan. Sesiapa sahaja boleh dikalahkan dalam tempoh permainan 90 minit,” kata pertahanan tengah dari Nigeria itu.

KETUA pasukan Kuching City FC, James Okwuosa bersama ketua jurulatih Aidil Sharin ketika sidang media menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2025Ð26 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Esok, Johor Darul Ta’zim F.C. bakal menentang Kuching City FC dalam aksi final bagi merebut gelaran juara Piala Malaysia 2025Ð26. Foto BERNAMA

Beliau berkata Kuching City lebih memberi tumpuan kepada prestasi mereka sendiri berbanding hanya menumpukan untuk menyekat jentera serangan JDT semata-mata.

“Kami tidak boleh hanya bercakap tentang Bergson (Bergson da Silva) sahaja kerana apabila anda layak ke pertandingan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), anda akan berdepan lebih ramai penyerang berkualiti seperti beliau.

“Jika anda terlalu memberi fokus kepada pemain tertentu, anda boleh tewas kerana bola sepak mempunyai ramai pemain dengan pelbagai kemahiran dan kebolehan,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

JDT kini memburu gelaran Piala Malaysia keenam selepas memenangi kejohanan itu pada 2017, 2019, 2022, 2023 dan musim 2024/2025, manakala Kuching City berpeluang mencipta sejarah dengan menjulang trofi itu buat kali pertama.

Aksi final esok akan dikendalikan empat pegawai perlawanan berprofil tinggi dari Qatar sebagai sebahagian daripada usaha Liga Bola Sepak Malaysia untuk memastikan standard pengadilan berada pada tahap tertinggi, selaras dengan reputasi pertandingan bola sepak tertua dan paling berprestij di Malaysia itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters: Akechi sekat impian Letshanaa ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.