JBPM Sarawak, JPN perkukuh kerjasama keselamatan di sekolah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan bencana di institusi pendidikan seluruh negeri.

Perkara itu dibincangkan sempena kunjungan hormat JPN yang diketuai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Les Met, kepada Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PKPjB Jamri Masran, hari ini.

Menurut kenyataan JBPM Sarawak, kunjungan itu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua agensi selain membincangkan pelbagai inisiatif kerjasama berkaitan keselamatan.

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, PKPjB Jamri Masran (tengah), bergambar bersama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Les Met (empat kiri), serta wakil kedua-dua agensi selepas kunjungan hormat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak, hari ini.

Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk memperkukuh aspek keselamatan kebakaran, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana serta melaksanakan program pendidikan dan kesedaran keselamatan di sekolah-sekolah di seluruh Sarawak.

JBPM Sarawak berharap jalinan kerjasama yang terjalin bersama JPN Sarawak akan terus diperkasakan bagi memastikan usaha mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya warga sekolah, dapat dilaksanakan secara berkesan.