Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jasad Paus Francis dibawa ke St, Peter untuk orang ramai beri penghormatan
  • GLOBAL

Jasad Paus Francis dibawa ke St, Peter untuk orang ramai beri penghormatan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JENAZAH Paus Fransiskus diperlihatkan ke publik saat upacara penetapan kematian dan penempatan jenazah di dalam peti jenazah di kapel Casa Santa Marta, Vatikan, Senin, kelmarin. Foto Dok. Vatican News

ROM: Jasad Paus Francis akan dibawa dalam perarakan dari kediamannya di Rumah Santa Marta, Vatican, ke Basilika St. Peter pada pagi hari ini bagi membolehkan penganut Katolik memberikan penghormatan terakhir kepada ketua Gereja Katolik yang telah meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dijangka puluhan ribu orang akan memberikan penghormatan terakhir di Basilika St. Peter sebelum upacara pengebumiannya pada Sabtu, yang dijangka dihadiri pemimpin dunia.

Sehingga kini, hanya kardinal, anggota Curia serta kakitangan Vatican sahaja yang dibenarkan memberikan penghormatan kepada mendiang Paus di Rumah Santa Marta.

Francis, yang berusia 88 tahun, telah lama mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada Isnin Easter.

Berbeza dengan kebanyakan paus terdahulu, tempat persemadian akhir Paus Francis tidak berada di Basilika St. Peter – gereja paling penting dalam Katolik Roman – sebaliknya mendiang meminta disemadikan di Basilika Saint Mary Major yang lebih kecil, terletak berhampiran stesen kereta api utama Rom. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus 4 kali, abu cecah 800 meter
Next: Singapura bersiap hadapi PRU2025, hari penamaan bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.