Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan politikkan papan tanda jalan
  • TEMPATAN

Jangan politikkan papan tanda jalan

Utusan Sarawak 5 years ago
LO KHERE CHIANG

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang meminta Parti Tindakan Demokratik (DAP) supaya berhenti bermain politik.

Lo meluahkan kekesalannya terhadap tindakan DAP menampal tulisan Cina di papan tanda jalan di sekitar Kuching tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyelia sesebuah kawasan.

Beliau menganggap tindakan DAP itu sebagai papan tanda jalan dan isu ini telah menyebabkan banyak perdebatan di laman media sosial yang berunsur perkauman.

“Kita tidak memerlukan permainan politik di sini. Parti berasal dari Semenanjung Malaysia boleh berbuat sesuka hati mereka di sana tetapi bukan di sini.

“Sarawak merupakan sebuah negeri yang mana semua rakyatnya hidup aman dan damai serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengambil perhatian yang diutarakan oleh  orang awam.

“DAP tidak harus mengambil tindakan sebarangan dan jangan membawa budaya politik yang tidak sihat ke sini,” kata Lo.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.