Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jangan pindahkan wang kepada individu tidak dikenali
  • JENAYAH

Jangan pindahkan wang kepada individu tidak dikenali

Utusan Sarawak 5 months ago

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata

KUCHING : Seorang pengurus warga asing di sebuah syarikat swasta berusia 30-an kerugian kira-kira RM100,000 dalam penipuan penukaran mata wang asing di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata mangsa membuat laporan polis menyatakan dia telah berkenalan dengan suspek menerusi media sosial. 

“Dia kemudian menyatakan hasratnya untuk menukar mata wang asing untuk kegunaannya selepas pulang ke China.

“Suspek yang kian rapat dengan mangsa telah meyakinkan mangsa untuk melakukan beberapa transaksi tunai kepada suspek sebanyak RM100,000 pada penghujung Disember. 

“Namun, mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas tidak dapat menghubungi suspek selepas melalukan perpindahan wang,” katanya.

Mancha menasihati orang ramai untuk tidak terlalu percaya dengan individu dari laman sosial dan perlu berhati-hati dalam menghantar wang kepada orang yang tidak dikenali.

Continue Reading

Previous: Polis Indonesia sahkan 45 rakyat Malaysia didakwa diperas ugut di konsert Jakarta DWP
Next: Rondaan cegah jenayah di Sibu dengan pembabitan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.