Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan mudah percaya janji pembangkang
  • TEMPATAN

Jangan mudah percaya janji pembangkang

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

PENGHARGAAN…Ketua Kampung Seberang Lubok Nibong, Medeli Mos menyampaikan cenderamata kepada Dato Gerawat Gala.

MARUDI: Penduduk kampung Seberang Lubok Nibong satu-satunya perkampungan masyarakat Melayu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu diingatkan supaya jangan mudah percaya dengan janji pihak pembangkang.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sarawak, Dato Gerawat Gala berkata, pihak pembangkang memang suka berjanji tetapi belum pasti ia dapat ditunaikan.

Katanya, hanya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu membela dan menolong rakyat.

“Terima kasih kepada penduduk di kampung ini kerana memberi sokongan kepada GPS malah sejak zaman BN lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa mengadakan kunjungan Hari Raya Aidiladha di kediaman Ketua Kampung Mendeli Mos di kampung Seberang Lubok Nibong semalam.

Tambahnya, sebagai wakil rakyat beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada GPS pada pilihan raya negeri akan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menyentuh pembangunan, dan kemudahan asas yang diperlukan di kampung ini, berhubung bekalan elektrik Gerawat menjelaskan, beliau sudah menghubungi pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan meminta mereka menyambung bekalan elektrik melalui SARES atau menggunakan solar.

Beliau berharap, penduduk Seberang Lubok Nibong di sini bersabar kerana pihak SESCO akan mengambil masa untuk melaksanaknnya.

Sementara itu permintaan lain seperti kemudahan jalan dari kampung ke tanah perkuburan, dan jalan ke ladang sawit sepanjang tiga kilomter, Gerawat telah menghubungi pihak Jabatan Tanah dan Survei dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Gerawat turut meluluskan lebih RM100,000 untuk membuat jalan simen antara rumah-rumah di kampung tersebut.

“Saya juga telah meluluskan RM70,000 untuk melaksanakan kemudahan lain seperti ‘pontoon’ untuk kemudahan penduduk di kampung ini,” tegasnya.

Pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan peruntukan MRP RM4,000 kepada JKKK di kampung berkenaan.

Turut hadir bersama mantan Setiausaha Politik di pejabat Ketua Menteri, Datuk Robert Laing serta isteri Datin Catherine Awing, Penghulu Hillary Tawan dan ketua-ketua masyarakat.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Projek Tebingan Sungai bakal rancakkan pelancongan
Next: Bandar Raya Kuching dibangun semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.